Kertas cadangan mengenai kaedah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikemukakan kepada kerajaan dalam tempoh dua minggu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.
Tun Daim Zainuddin

KUALA LUMPUR – “Saya hanya menyokong keadilan. Keadilan dan kebenaran. Itu sahaja,” kata Tun Daim Zainuddin yang merupakan bekas menteri kewangan dan pernah dilantik sebagai pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi kerajaan Pakatan Harapan.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas  tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sembilan rakaman audio perbualan telefon beberapa individu termasuk Datuk Seri Najib Razak dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya yang mendedahkan rakaman audio tersebut dalam sidang media khas di Putrajaya merumuskan isi kandungan perbualan tesebut berkait dengan rahsia kerajaan dan konspirasi jenayah di peringkat tertinggi.

Turut dipercayai dalam rakaman audio itu adalah bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad; dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu, Mohammed bin Zayed Al Nahyan.

Daim berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran awal MyKampung Japan di Shah Alam. – MalaysiaGazette