Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menempelak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang membuat ‘U-turn’ berhubung pembelian Velfire bagi kegunaan Menteri Kabinet kepada Proton Perdana.

Katanya, kerajaan mendakwa mahu menggunakan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi tetapi stok untuk 32 buah tidak ada.

Oleh sebab itu, tender untuk membeli Velfire sudah pun dikeluarkan.

Namun, selepas dikecam rakyat, kerajaan terpaksa ‘checking’ semula.

“Rupanya Proton cukup stok untuk kereta (Proton) Perdana.

“Oleh kerana tiba-tiba dah cukup stok, maka kerajaan PH kekalkan Proton Perdana sebagai kereta rasmi Menteri dan Timbalan Menteri,” sindir Najib.

Hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi untuk menteri, timbalan menteri dan para pegawai kanan kerajaan selepas kekurangan stok kenderaan itu dapat diatasi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan perkara tersebut hari ini berkata, sebelum ini pihaknya terpaksa memberikan beberapa pilihan kerana Proton Perdana tidak mempunyai stok mencukupi untuk menampung permintaan. – MalaysiaGazette

Proton Perdana kekal kenderaan rasmi kerajaan – Guan Eng

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast