Latheefa Koya

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  diberi taklimat tentang rakaman audio yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Taklimat itu diadakan kira-kira 30 minit di Yayasan Albukhary pagi tadi, menurut laporan FMT.

Kelmarin, SPRM mendedahkan 9 rakaman yang antara lain yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa individu lain.

Antara yang didedahkan adalah perbualan Datuk Seri Najib  Razak dengan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkaitan 1Malaysia Development Berhad dan SRC International.

Begitu juga satu rakaman audio antara Najib dengan seorang individu dipercayai dari luar negara berhubung permintaan supaya diadakan satu perjanjian untuk anak tirinya, Riza Aziz bagi menutup sumber dana yang diperoleh bagi penerbitan filem yang dikaitkan dengan 1MDB.

Selain itu turut wujud perbualan Najib yang ingin mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi.

Latheefa berkata, kesemua rakaman tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut.

Semasa dalam sidang media itu, Latheefa memberitahu Perdana Menteri belum dimaklumkan tentang pendedahan SPRM hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast