Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor didakwa ditahan polis dalam satu operasi semalam, demikan laporan BH Online.

Turut ditahan empat pegawai khas ahli politik parti kerajaan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, semalam.

Laporan memetik sumber itu berkata, mereka ditahan bersama enam wanita berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.

“Hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja.

“Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif,” kata laporan itu.

Sebelum ini tular mesej di media sosial dan aplikasi WhatsApp yang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah ditahan polis akibat kes narkotik.

Dalam pesanan itu, Adhif dikatakan ditahan pada pagi semalam di ibu negara.

Laporan polis yang tular di media sosial.

“Tangkapan dibuat oleh pihak IPD Brickfields di alamat GK Sport & Recreation Sdn Bhd, G-9 & 1-9 Tiara Mutiara 2, Jalan Puchong, Kuala Lumpur.

“Kehadiran polis pada awalnya atas aduan orang awam berikutan bunyi bising didalam premis tersebut.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat penganjuran private party melibatkan 17 orang termasuklah enam orang wanita,” tulis pesanan berkenaan.

Kesemua mereka dipercayai ditahan di Balai Polis Jinjang dan direman selama 3 hari. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast