KUALA LUMPUR– Di bawah pentadbiran kerajaan Warisan, Sabah kini semakin ketinggalan kadar pertumbuhan ekonomi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri dan menteri kewangan itu merujuk kepada data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) untuk Sabah telah jatuh dari 8.2% pada tahun 2017 kepada cuma 1.5% tahun lepas – paling rendah sejak sepuluh tahun yang lalu.

Katanya, kadar pertumbuhan tersebut adalah jauh di bawah purata pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 4.7% tahun lepas.

“Dalam tempoh saya PM, tidak pernah kadar pertumbuhan Sabah rendah seperti kadar 1.5% ini kerana kerajaan dahulu gigih membangunkan Sabah untuk mengurangkan jurang ekonomi mereka dengan semenanjung Malaysia.

“Buktinya ialah kadar pertumbuhan 8.2% bagi Sabah untuk tahun 2017 adalah tertinggi antara semua negeri di Malaysia masa itu dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% untuk keseluruhan Malaysia.

“Tapi jatuh teruk ke 1.5% di bawah angka 4.7% keseluruhan Malaysia selepas PRU-14,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Justeru, menurut Najib, kerajaan Warisan di Sabah tidak boleh tunggu lagi untuk menuntut kerajaan pusat menunaikan janji manifesto mereka untuk mengembalikan royalti 20% minyak dan 50% hasil cukai.

“Kalau dah janji, tunaikan sahaja. Jangan biarkan Sabah ketinggalan lagi,” katanya.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Memanglah paling rendah itu KM mana ada buat apa2 untuk ekonomi sabah…yang ada pun cuma sambung hasil kerja BN dahulu sahaja.itu pun ada juga projek BN dia kasih stop…jadi apa yang dapat di jana utk ekonomi sabah…mana sedar tentang ekonomi sabah sebab dia duduk senang lenang di kerusi empuk main pusing2 kerusinya sambil plan nak songlap RM.

  2. Najib bila bercakap dengan berfakta, ianya bergizi.

    Pemimpin2 Warisan bercakap dengan air liur, kuat temberang?

    Jadilah orang2 bijak wahai penduduk2 Kimanis. Jangan lagi diTIPU!

Comments are closed.