LONDON – Harga minyak jangka panjang diramal berlegar-legar antara AS$65 hingga AS$70 setong, menurut satu tinjauan.

Lebihan bekalan minyak syal Amerika Syarikat dan sumber-sumber lain di luar OPEC dijangka menyebabkan harga minyak berada dalam lingkungan itu pada masa depan tidak pasti.

Kebimbangan mengenai bekalan minyak yang semakin meningkat 10 tahun telah lenyap kerana kini ada beberapa petunjuk meramalkan jangkaan permintaan minyak meningkat.

Brent diramalkan didagangkan kepada purata AS$ 65 setong setiap lima tahun akan datang berdasarkan median, atau AS$ 67 tahun ini, meningkat sedikit kepada AS$ 69 menjelang 2024.

Kebanyakan peramal menjangkakan harga purata kekal antara AS$ 60 dan AS$ 75 setong dalam setiap lima tahun akan datang.

Sejumlah kecil pula mengunjurkan harga minyak di bawah  bawah AS$50 setong atau melepas AS$ 90 setong.

Tinjauan itu dilakukan oleh Reuters berdasarkan soalan yang dihantar kepada 9,000 profesional tenaga dengan maklum balas daripada 950 antara 8 Januari hingga 11 Januari.

Ramalan harga ini adalah sangat dekat dengan tinjauan tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, walaupun secara purata susut sebanyak AS$ 1 atau AS$ 2.

Dalam tinjauan terdahulu, terdapat sedikit lonjakan ke atas jangkaan harga untuk tahun-tahun lepas, tetapi tidak ada tanda berlaku pada tahun ini.

Kebanyakan responden kelihatan yakin bekalan minyak mencukupi untuk memenuhi permintaan sekitar AS$65 setong dalam jangka sederhana.

Malah, kurang daripada 5% mengunjurkan purata harga minyak AS$100 atau lebih pada tahun 2024, harga yang memberi isyarat ke atas pengeluaran yang pernah berlaku antara tahun 2011 dan 2014. – MalaysiaGazette