Upacara memasak beras bersama susu lembu merupakan simbolik Perayaan Hari Ponggal.

KUALA LUMPUR – Surat yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan berhubung perayaan Ponggal di sekolah bertujuan mengurangkan kebimbangan pihak ibu bapa murid beragama Islam dalam pelibatan anak-anak mereka semasa sambutan perayaan tersebut.

Kenyataan surat itu juga menurut Kementerian Pendidikan mengambil kira pendirian dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

KPM juga mengingatkan pihak sekolah agar mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa jika berhasrat untuk mengadakan sambutan perayaan yang tertentu di sekolah.

“Kementerian Pendidikan Malaysiamenyedari bahawa sekolah adalah tempat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Budaya dan adat resam antara kaum perlu diketahui, difahami dan dihormati oleh semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru-guru dan murid-murid.

“Sebagai usaha menyemai semangat toleransi, persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, KPM menggalakkan penyertaan warga sekolah dalam semua aktiviti silang budaya yang dijalankan.

“Merujuk kepada Perayaan Ponggal yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu, KPM tidak pernah menghalang perayaan ini diadakan di sekolah,” kata Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan itu merujuk kepada surat KPM bernombor rujukan KPM. 100-1/3/2 (64) bertarikh 13 Januari 2020 yang menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Pesta Ponggal atau pesta menuai itu disambut oleh masyarakat India di negara ini sebagai tanda kesyukuran ke atas rezeki yang dilimpahkan dan berdoa untuk mendapat rezeki yang lebih baik tahun berikutnya. – MalaysiaGazette

 

 

 

                             

2 Komen

  1. Setiap agama atau kaum ada perayaan masing-masing, bersambut lah dengan keadaan bersederhana, kalau kaum tani india menyambut hari ponggal dengan memasak nasi susu, begitu juga dengan kaum melayu menyambut hari Assyuro dengan memasak bubur Assyuro. Ini lah masalah apabila negara telah di pecahkan dengan 3 sistem pendidikan yang berasaskan kaum, walhal pembelajaran bahasa ibunda boleh sahaja di ajar di 1 sistem sekolah sahaja seperti yang di laksanakan oleh Universiti.

  2. Apa mslh ko nk buat kat skolh..kat tempat rmh ko kan bloh apaslh puak2 kafir ni…tak plu kot bnda mcn ni nk buat kat skolh, lagi satu agama slain agama islam tidak bolh di sebarkan ..bljar pelembagaan tu elok2

Comments are closed.