Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan melantik Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) adalah bersandarkan beberapa sebab.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yberkata, salah satu sebab keputusan melantik Ahli Parlimen Jeli itu adalah kerana kerajaan berdepan masalah kekurangan kepakaran serta individu berpengalaman untuk menguruskan pentadbiran.

Sehubungan dengan itu, katanya, kerajaan memilih melantik bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebagai Pengerusi Teraju berdasarkan pelbagai merit.

“Beliau (Mustapa) mempunyai pengalaman, kita kekurangan orang yang mempunyai pengalaman dalam kerajaan dan di luar, jadi kita perlukan orang berpengalaman,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur Tenaga Nasional Berhad (TNB), di sini, hari ini.

Pelantikan Mustapa diumumkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin semalam untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Disember 2019.

Artikel berkaitan: Mustapa dilantik Pengerusi TERAJU

Mohamed Azmin dilapor berkata, beliau menaruh keyakinan melantik Mustapa yang dilihat berupaya memacu usaha ke arah meningkatkan daya saing Bumiputera bersandarkan pengalaman menggalas pelbagai portfolio dalam pentadbiran awam sebelum ini.

Menurut Azmin turut berkata, pengalaman dan kepakaran Mustapa diyakini mampu membawa agenda ekonomi Bumiputera seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Mustapa mempunyai rekod pengalaman dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, kewangan, pendidikan dan perdagangan, malah, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk tempoh 2009 hingga 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast