Wakil tunggal Pakatan Harapan (PH) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed muncul pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Datuk Seri Mustapa Mohamed

PUTRAJAYA- Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Disember ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali ketika mengumumkan perkara itu berkata, pengalaman dan kepakaran Mustapa diyakini mampu membawa agenda ekonomi Bumiputera seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Sukacita saya memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju melantik Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), untuk tempoh dua tahun.

“Dengan kepimpinan yang baharu ini, saya pasti usaha berterusan yang akan dilaksanakan oleh TERAJU akan meningkatkan daya saing Bumiputera sekaligus memantapkan lagi kedudukan Bumiputera dalam ekonomi negara.

“Selain daripada sudut ekonomi, TERAJU mempunyai peranan yang besar dalam menjamin kesejahteraan hidup serta mengangkat martabat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustapa merupakan seorang tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan, pendidikan dan perdagangan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2009-2018), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2008-2009), Menteri Pengajian Tinggi (2006-2008), Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (2004-2006), Menteri Kewangan 2 (1998-1999), Menteri Pembangunan Usahawan (1995-1999) dan Timbalan Menteri Kewangan (1993-1995).- MalaysiaGazette

 

 

 

3 Komen

    • Tak ada mslh dia di lantik sbgai menteri, sbb skrng sbgai pgerusi bkn taraf menteri..ko tu bodoh..ko mesti org2 ph anjing kurat ni..lari drpd bn sbb takut kena tindakan , msuk bersatu, dpt habuag jadi pengerusi..jadi lh yg ptg tak lena tindakn. Dah ckup bgus, hihihi itu lh org politik…pilih lh politik yg btul2 ikhlas pjunag hak rakyat bkn pjuang perut sendiri, ini lh jadi klu tidak ikhlas dlm pjuangan..

Comments are closed.