Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Derus yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO telah membuat laporan polis di Befaufort, Sabah semalam.-pix FB

KUALA LUMPUR – Papagomo terima ugutan bunuh.

Ekoran itu Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Derus yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO telah membuat laporan polis di Befaufort, Sabah semalam.

“Nak maki hamun saya dipersilakan, nak hina saya dipersilakan. Cakap lah apa pun pada saya dan saya tak kisah kerana saya sudah terima bermacam-macam cacian, hinaan dan makian sejak saya terlibat dalam politik bermula 2007,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ugutan berbunyi ‘bunuh dan bakar hidup-hidup’ yang dibuat oleh seorang penyokong Kelab Penyokong Warisan Sabah dianggap Papagomo sebagai keterlaluan dan melampau.

Ugutan itu mungkin ada kaitan dengan kempen beliau bersama Barisan Nasional pada PRK Parlimen Kimanis yang berakhir semalam.

“Laporan polis telah saya buat dan saya desak polis segera ambil tindakan kepada semua yang terlibat dalam menyebarkan ugutan ini. Ini ugutan yang melampaui tahap normal manusia dan mereka yang terlibat perlu dihukum,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Di Amerika kalau mereka tak suka akan sesuatu perkara mereka akan bawa senapang dan menembak secara rawak disana sini, ianya membunuh. Walaubagaimana pun itu amalan DEMOKRASI mereka disana?

    Amalan tersebut yang cuba dibawa kesini oleh penyokong2 kerajaan hancing nampaknya kurang sesuai!

Comments are closed.