Ahmad Dasuki Abdul Majid

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melantik Ahmad Dasuki Abdul Majid sebagai ketua eksekutifnya yang baharu.

Pelantikan itu bagi menggantikan Wan Ahmad Wan Yusoff yang bersara pada 18 Ogos tahun lalu, kata Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

Pelantikan Ahmad Dasuki , 45, dipersetujui oleh Lembaga Pengurusan PTPTN berdasarkan pengalaman dan kepakarannya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Dasuki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan dari Universiti of Greenwich, United Kingdom.

“Saya selaku Pengerusi dan mewakili seluruh warga PTPTN mengucapkan tahniah serta mengalu-alukan pelantikan Encik Ahmad Dasuki sebagai Ketua Eksekutif PTPTN.

“Saya yakin beliau akan dapat memimpin pelaksanaan strategi yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengurusan PTPTN demi memastikan bebanan peminjam dapat diringankan sekali gus melestarikan PTPTN untuk terus menyumbang dalam pembentukan modal insan negara”, kata Wan Saiful.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast