KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang sudah masuk hari ke- 71 terus ‘panas’ dengan hujah-hujah yang dikemukakan pasukan pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan pakar bagi memeriksa ketulenan tandatangannya.

Bekas Perdana Menteri yang berhadapan dengan tuduhan penyewelengan dana milik SRC International sebanyak RM42 juta itu mahu pakar tulisan tangan dari Australia untuk memeriksa serta memberi keterangan tentang beberapa tandatangan pada dokumen syarikat tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram sejak semalam berkali-kali menyoal mengapa ketika kes sudah hampir sampai ke penghujung pihak pembelaan membuat permohonan.

Malah hujah Sithambaram, sejak tahun lalu Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan banyak mendiamkan diri tentang ketulenan tandatangan pada dokumen SRC International.

Kata Sithambaram, permohonan itu tidak sepatutnya diberikan apatah lagi antara saksi utama kes berprofil tinggi itu, bekas Pengerusi SRC International, Tan Sri Ismee Ismail sebelum ini mendakwa tandatangan tersebut adalah milik Najib.

“Ketika itu, peguam bela yang melakukan soal balas sudah sepatutnya boleh menyoal dan memohon memanggil pakar tulis tangan. Mengapa ketika itu tidak, tetapi kini pula?

“Bukankah itu adalah masa yang tepat? Pasukan bela dakwa dokumen itu mungkin palsu kini tetapi masa sama kekal setuju dengan penghakiman oleh hakim untuk Najib membela diri,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sebanyak 35 eksibit dokumen digunakan oleh pihak pendakwa setakat ini bagi membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang dari SRC International.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram

Daripada jumlah itu, sebanyak 13 dokumen dipertikai oleh pihak pembelaan malah Najib sendiri berkali-kali memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pasti dengan tandatangan-tandatangan yang kelihatan seperti tandatangan beliau namun masih sangsi mengenainya.

Perbuatan itu didakwa telah dilakukan ketika Najib menjawat beberapa jawatan termasuk Perdana Menteri, Menteri Kewangan serta Penasihat Emiratus kepada SRC International.

Pada masa sama, peguam bela, Harvinderjit Singh pula tampil menyokong permohonan Najib dengan mengatakan pasukan pendakwaan beria-ia menolak permohonan itu kerana ‘takut’ keputusan tidak berpihak kepada mereka.

Sebaliknya kata Harvinderjit, pendakwaan sebenarnya lebih bergantung kepada Seksyen 71 Akta Keterangan untuk membolehkan 13 dokumen dipertikaikan diterima sebagai bukti  pada peringkat awal pendakwaan tahun lalu.

Peguam yang mengetuai pasukan pembelaan, Tan Sri Shafee Abdullah ketika merumuskan hujah beliau bertegas terhadap permohonan Najib bagi memeriksa ketulenan tandatangan diberikan kebenaran.

Jelasnya, mahkamah sepatutnya memberikan pertimbangan kepada tertuduh walaupun permintaan itu sekecil mana sekalipun, termasuk permohonan hanya dibangkitkan selepas sekian lama.

Mohd Nazlan kemudian membuat keputusan untuk menyambung sesi soal balas Najib dengan pendakwaan bersambung manakala keputusan permohonan itu akan diumumkan pagi esok.

Prosiding bersambung ketika ini dengan Sithambaram menyoal balas Najib dari kandang saksi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Btul , hraap polis ambil tindak kn kpd parti warisan yg tidak berwarisan tu..sangsem tahi kucing dia..kelah prk, jafi gila org2 ph..parti anjing kurat..

  2. Di Amerika ada banduan yang telah terpenjara puluhan tahun akhirnya dibebaskan kerana mereka terkhilaf menjatuhkan hukuman? Mungkin tak cukup bukti ke apa entahlah?

    Kesian banduan tersebut.

Comments are closed.