Kelapa sawit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Minyak kelapa sawit menjadi mangsa dalam pertikaian diplomatik antara India dan Malaysia.

New Delhi secara tiba-tiba mengehadkan import minyak kelapa sawit pada bulan ini, selepas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas mengenai langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran Perdana Menteri India Narendra Modi ke atas orang Islam di India.

Negara Asia Selatan itu adalah pembeli sawit terbesar di dunia dan merupakan pasaran utama bagi Malaysia yang merupakan pengeluar kedua terbesar minyak sawit.

Biarpun India tidak menyatakan secara terbuka berhubung tindakan itu sebagai respons kepada kenyataan Dr Mahathir, minyak kelapa sawit ditapis adalah sebahagian daripada ekonomi Malaysia dan sebarang kerugian jualan akan memberi kesan besar.

Sekiranya import minyak sawit bertapis India dari Malaysia jatuh daripada kira-kira 2.6 juta tan setahun kembali kepada paras tahun 2018, kira-kira dua juta tan produk proses yang bernilai AS $1.4 bilion mungkin memerlukan pembeli baru, kata Khor Yu Leng, seorang ahli ekonomi bebas dengan Penasihat Segi Enam Advisors, yang telah menerbitkan kerja mengenai ekonomi politik Malaysia..

Ketegangan antara kedua-dua negara bermula pada bulan September apabila Dr Mahathir memberitahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bahawa India “menyerang dan menduduki” Kashmir dan kemudian mengkritik pindaan akta kewarganegaraan India.

Kenyataan Dr Mahathir itu membuat kerajaan Modi tidak selesa dan mencetuskan kepada pengaruh agar tidak membeli minyak sawit dari Malaysia.

Kerajaan India juga secara tidak rasmi memberitahu pengimport tempatan untuk mengelak daripada membeli minyak sawit mentah dari Malaysia, menurut sumber industri.

Sejak itu, banyak pembeli minyak sawit India telah mula beralih ke Indonesia di tengah-tengah kebimbangan bahawa kerajaan Modi boleh menyekat pembelian dari Malaysia atau menaikkan cukai import.

Perselisihan ini bukan sahaja menjejaskan Malaysia, tetapi juga menyakiti pengguna India selepas Indonesia mula mengenakan premium sebanyak AS$15 hingga AS$ 20 untuk satu tan berbanding harga penanda aras, kata peniaga.

Walaupun Malaysia pada hari Jumaat lalu memaklumkan akan meningkatkan duti eksport minyak sawit mentah kepada 6% pada bulan Februari daripada 5% sebulan lebih awal, penganalisis berkata, ia mungkin mengalami tekanan untuk mengurangkan levi.

“Jika India tidak beli dari Malaysia, ia perlu mencari pembeli lain,” kata Oscar Tjakra, penganalisis dari Rabobank.

Malah, katanya, Malaysia mungkin perlu mengubah duti eksport untuk kekal menarik.

Purata harga sawit ialah RM2,950 setiap tan pada suku pertama dan RM2.750 pada tempoh April-Jun, kata Tjarka. yang membandingkan purata RM2,588 semasa suku keempat.

Untuk meminimumkan tindakan India, Malaysia telah mula mempromosikan minyak kelapa sawitnya di pasaran lain.

Menteri Industri Utama Teresa Kok yang baru-baru ini ke Pakistan berkata, kedua-dua negara merancang untuk meningkatkan perdagangan minyak sawit dan komoditi lain.

Walaupun akan menggunakan saluran diplomatik untuk mencapai penyelesaian dengan India, Malaysia juga meneroka peluang untuk meningkatkan penghantaran minyak sawit ke Asia Tengah, Afrika dan Timur Tengah.

Penghantaran minyak sawit Malaysia ke Pakistan melonjak lebih daripada 80% berbanding sebulan sebelumnya kepada 74,000 tan dalam tempoh 20 hari pertama bulan Januari, menurut juruukur kargo SGS Malaysia Sdn.

Eksport ke India merosot hampir 49% kepada 30,500 tan.

Sementara itu, Indonesia bersorak kerana menjangkakan pembelian yang lebih tinggi oleh India.

Indonesia mempunyai bekalan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan India dan negara itu berharap dapat mengembalikan penguasaan eksportnya di negara Asia Selatan setelah China mengatasi India menjadi pembeli terbesar Indonesia, kata Mukti Sardjono, Pengarah Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Indonesia.

“Indonesia pasti mendapat manfaat daripada ini tetapi ia negatif untuk minyak sawit secara keseluruhan permintaan teruk,” kata Gnanasekar Thiagarajan, Ketua Strategi Perdagangan dan Lindung Nilai di Kaleesuwari Intercontinental. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast