Salah sebuah kawasan di Queensland yang dinaiki selepas hujan lebat sejak kebelakangan ini. foto Agensi

MELBOURNE – Hujan lebat melanda negeri Queensland pada hari ini berjaya membantu memadamkan kebakaran belukar yang telah menjejaskan kawasan seluas 2.5 juta hektar sejak September tahun lalu.

Tetapi hujan lebat itu telah menyebabkan banjir kilat.

Beberapa kawasan dilaporkan menerima suku daripada hujan tahunan.

Biro Meteorologi berkata, kawasan pantai menerima sehingga 160 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam sehingga 9 pagi tadi.

Hujan dijangka melanda Australia beberapa hari ini, menurut biro itu menerusi Twitter.

Beberapa orang terpaksa diselamatkan daripada banjir yang turut menyaksikan beberapa jambatan dan tambak terpaksa ditutup.

Setakat ini belum ada kerosakan besar dilaporkan berlaku.

Hujan sejak beberapa hari yang melanda kawasan kemarau di Queensland, Victoria dan New South Wales dapat membantu memadam kebakaran hutan yang sudah hampir sebesar saiz Greece dan mengorbankan 33 orang dan berjuta-juta ternakan. – MalaysiaGazette