Tiga wanita ditahan selepas mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang tugas polis yang menegur tindakan salah seorang daripada mereka bermain mercun di sebuah taman perumahan di Kerayong, Bera

KUALA LUMPUR – Op Selamat Polis Diraja Malaysia yang telah memasuki hari ke-8 sehingga semalam menyaksikan angka kematian yang melibatkan penunggang motosikal terus meningkat pada sambutan Tahun Baru Cina.

Statistik rasmi yang dikeluarkan polis hari ini menunjukkan  kematian tertinggi dijalan raya adalah penunggang dan pembonceng motosikal daripada 113 kemalangan maut yang direkodkan setakat ini.

Sebanyak 12,948 kes kemalangan dicatatkan sejak 18 Januari lalu dengan 70 kes pula melibatkan cedera parah dan 125 kes cedera ringan.

Keseluruhannya sejumlah 19,409 buah kenderaan terlibat dalam kes kemalangan sempena Op Selamat.

Mengikut negeri, Selangor terus mencatatkan kes kemalangan tertinggi dengan 3,870 kes diikuti Johor (2,005 kes), Kuala Lumpur (1,540 kes), Pulau Pinang (1,059 kes), Perak (962 kes) dan Kedah (610 kes).

Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka masing masing merekodkan 576 kes, 520 kes dan 451 kes kemalangan setakat ini.

Daripada segi kemalangan maut, Perlis merupakan satu-satunya negeri yang masih bebas daripada insiden tersebut, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak kes.

Ia diikuti Johor (15 kes kemalangan maut), Sarawak (14 kes), dan Kedah serta Kelantam dengan masing-masing mencatatkan 11 kes maut.

Dalam perkembangan berkaitan, Negeri Sembilan dan Pahang masing masing merekodkan 8 kes kemalangan maut manakala Melaka mencatatkan lima kes kemalangan maut.

Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur masing masing mencatatkan empat kes kemalangan maut manakala Terengganu dan Sabah masing masing mencatatkan tiga kes.

Setakat ini sebanyak 205,414 saman telah dikeluarkan berdasarkan enam kesalahan utama yang ditetapkan polis. – MalaysiaGazette