Tiga wanita ditahan selepas mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang tugas polis yang menegur tindakan salah seorang daripada mereka bermain mercun di sebuah taman perumahan di Kerayong, Bera

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal warga tempatan maut dalam kemalangan jalan raya semalam.

Pemuda yang dikenali sebagai Iskandar Abdul Rahman, 27, maut di lokasi kejadian dalam kejadian tersebut selepas dilanggar sebuah kenderaan Myvi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu kereta itu merupakan seorang warga asing dari Pakistan.

Katanya, kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Maju Junction menghala ke Jalan Tun Razak/Jalan Tun Perak.

“Semasa kejadian lebih kurang 8.30 malam tadi, kenderaan kereta Myvi yang dipandu warga Pakistan sedang bergerak terus di lorong paling kanan dan penunggang motosikal bergerak di lorong yang sama.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, Myvi yang dipandu warga Pakistan telah bergesel dengan motosikal yang ditunggang mangsa yang bergerak di laluan yang sama.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal tersebut tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.

Mangsa didapati berasal dari Apartmen Sri Gotong, Jalan Batu, Medan Batu Caves Selangor.

Manakala pemandu Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes sedang disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast