LOS ANGELES – Lima individu di Amerika Syarikat yang telah pergi ke Wuhan, China  disahkan dijangkiti koronavirus, demikian menurut pegawai-pegawai Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan.

Jumlah tersebut merangkumi pesakit-pesakit baharu yang telah dikenal pasti pada hujung minggu lalu di kawasan Los Angeles dan Phoenix serta beberapa kes yang telah dilaporkan sebelum ini di Chicago dan Seattle.

Lagi 25 individu yang telah menjalani ujian disahkan negatif Koronavirus namun terdapat sekurang-kurangnya 100 lagi kes sedang disiasat, kata Pengarah CDC, Pusat Kebangsaan bagi Imunisasi dan Penyakit Respiratori, Nancy Messonier dalam sidang telefon bersama media.

Tambahnya, lebih banyak kes dijangka dilaporkan di negara tersebut dalam tempoh beberapa hari lagi.

Messonnier menggambarkan risiko kesihatan di Amerika Syarikat ketika ini “masih rendah” kerana kesemua pesakit adalah yang pernah pergi ke Wuhan.

Katanya, tiada bukti yang menunjukkan virus tersebut telah merebak kepada orang lain di Amerika Syarikat.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast