Khalid Abd Samad

KUALA LUMPUR – Program Konvoi 1,500 orang belia bermotosikal membawa bendera Wilayah Persekutuan merupakan salah satu inisiatif kerajaan memastikan golongan belia tidak tersasar dan terjerumus dalam aktiviti gejala sosial, termasuk politik samseng.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, politik samseng tercetus daripada golongan yang terdesak dan kecewa.

“Mereka dah kecewa, tak tahu apa lagi nak buat maka mereka nak mulakan satu budaya politik samseng yang telah jelas pamerkan dan diperlihatkan pada malam tadi.

“Konvoi yang diadakan tadi dari golongan belia Wilayah Persekutuan adalah menunjukkan bahawa tahun 2020 ini istimewa nak jadikan wilayah ini cemerlang di sebalik kritikan pihak tertentu kononnya keadaan sudah merudum.

“Ia juga sebagai satu bantahan terhadap budaya politik samseng yang ingin dibawa oleh golongan terdesak ini yang mana kita sebagai kerajaan inginkan corak politik yang majmuk, bersaudara dan sihat yang menyatu-padukan warga kota berbilang kaum,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 di Dataran Merdeka hari ini.

Tambah Khalid, konvoi berkenaan juga dapat memastikan golongan belia yang mewakili 11 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan mengenal erti patriotik selain dapat mengeratkan tali persaudaraan dan hubungan sesama kaum di negara ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berucap pada pada Festival Hari Wilayah Persekutuan 2020 dan Bergambar bersama Konvoi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 FEBRUARI 2020

Ditanya ucapa beliau itu merujuk kepada insiden yang menimpa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Khalid berkata:  “Ya…Yang malam tadi.

“Mereka saya difahamkan menggunakan nama Tunku Mahkota Johor (TMJ) sedangkan mereka tidak kena mengena dengan TMJ dan ini merupakan satu tindakan yang terdesak oleh golongan politik yang telah selama ini berada dalam keadaan memerintah.

“Tiba-tiba mereka berada dalam keadaan sebagai pembangkang baru setahun lebih sudah tidak sabar sedangkan kami menjadi pembangkang berdekad, siap dipenjarakan tapi kita terus mengamalkan budaya politik yang matang.

“Tapi mereka pemuda-pemuda yang dibela dan dibiayai oleh pemimpin politik yang sekarang semakin terdesak, lebih lagi bila kes-kes mahkamah semakin jelas menzahirkan keterlibatan mereka dalam tindakan-tindakan jenayah.

“Jadi kita mengutuk sekeras-kerasnya politik samseng ini, ianya tiada tempat dalam negara Malaysia ini,” katanya.

Sementara itu, Khalid yang Ahli Parlimen Shah Alam menempelak laporan sebuah portal yang melaporkan Shah Alam sebagai  ‘bandar berhantu’ berdasarkan sebuah pusat kunjungan awam, Plaza Perangsang, hilang ceria.

“Wisma Perangsang kosong daripada dulu lagi dan laporan (portal) itu tidak tepat ia tidak mencerminkan situasi sebenar di Shah Alam.

“MBSA salah satu Majlis Bandaraya yang menjana ratusan juta ringgit, bagaimana kamu boleh kata ia bandar hantu?” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Masa pembakang dulu… Macam mana. Bkn samseng tetapi Lebih dari bos samseng…skrng silap sikit jah salahkan pembangkang.. Perangai mcm pembangkang masih tak habisx lagi… Sepenggal lah jawab nya

  2. Dah tau ke sapa punya hal jgan senang2 ckap pehak pembangkang kau tau x sapa saja yg mempertahan kan tun m jadi pu musuh dia keliling….dlm ph tu byak musang yg bebulu ayam…kambing bunyi kebau..lembu jdi mangsa kebodohan.

Comments are closed.