Datuk Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dilihat ada elemen ‘kurang ajar’ terhadap Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan merujuk kepada kenyataan Saifuddin bertajuk ‘Pas sokong Dr. M selepas kleptokrat kesayangan hilang kuasa’.

Kenyataan itu, menurutnya, menunjukkan PKR kini di ambang kejatuhan.

“Mengikut amala demokrasi yang biasa langkah yang paling wajar bagi seseorang menteri yang tidak sekata dengan PM adalah meletakkan jawatan dari kabinet.

“Oleh itu, beliau (Saifuddin) patut meletakkan jawatan dari kabinet. Oleh itu, beliau patut meletakkan jawatan dan menunggu sekiranya akan dilantik semula oleh PM yang baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Satu lagi, menurut Takiyuddin, kenyataan Saifuddin yang ‘perpaduan dan persefahaman dalam PH begitu padu’ juga dilihat melucukan.

Ini kerana seluruh rakyat sendiri melihat perbalahan dan perebutan kuasa dalam PKR yang semakin parah.

Oleh itu, katanya, Saifuddin sepatutnya menumpukan usaha menyelesaikan segala ribut dan taufan dalam prtinya daripada bertindak menyerang parti pembangkang yang bukan menjadi urusannya.

Pas yang mempunyai 18 orang ahli parlimen berhak membuat pendirian menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagap PM sehingga habis penggal dan dalam masa yang sama menolak usaha individu tertentu yang berhasrat menjadi PM kelapan dalam penggal ini.- MalaysiaGazette