KUALA LUMPUR – Pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools telah menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Liga Denmark, FC Midtjylland.
Berita itu disahkan oleh Midtjylland di laman media sosial rasmi kelab tersebut selepas pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak sehingga tahun 2023.
Dion Cools mengalami masa-masa sukar bersama Club Brugge apabila dia jarang diturunkan dalam kesebelasan utama dan sering dipinggirkan oleh ketua jurulatih pasukan, Philippe Clement.
Philippe lebih gemar untuk menggunakan pemain lain di posisi pertahanan kanan dan perkara ini menyebabkan Dion kehilangan tempat meskipun dia sebelum ini menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi tersebut.
Sebelum ini, Dion Cools dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang dimiliki oleh jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan dan juga kelab milik Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Johor Darul Ta’zim.
Namun, Dion memilih untuk menerima tawaran yang diberikan oleh FC Midtjylland dan dia berpeluang untuk kembali menjadi pilihan bagi diturunkan dalam kesebelasan utama. – MalaysiaGazette