Dua pengawal mengawal stesen kereta api yang ditutup operasinya di Wuhan, China. foto AP

BEIJING – Amerika Syarikat (AS) telah mengambil tindakan yang mewujudkan kebimbangan berbanding menawarkan bantuan yang signifikan susulan penularan wabak koronavirus.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata, AS adalah negara pertama yang mencadangkan untuk membawa keluar kakitangan kedutaan dan terawal melaksanakan sekatan ke atas pengembara China.

“Apa yang telah dilakukan AS hanya mencipta dan menyebarkan ketakutan yang merupakan contoh buruk,” kata Hua dalam satu taklimat berita.

Katanya, China berharap negara itu akan membuat pertimbangan dan tanggapan yang munasabah, tenang dan berasaskan sains.

AS mula memindahkan warganya dari pusat bandar Wuhan pada 28 Januari lalu.

Wuhan adalah lokasi virus itu dipercayai mula muncul pada September tahun lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 Januari lalu telah mengisytiharkan wabak yang menular itu merupakan kecemasan global.

Serentak itu, pada hari yang sama, Jabatan Negara AS mengeluarkan nasihat perjalanannya ke China.

“Negara maju seperti AS yang mempunyai keupayaan dan kemudahan pencegahan wabak yang sangar kukuh telah melaksanakan sekatan berlebihan yang bertentangan dengan cadangan WHO,” kata Hua. – MalaysiaGazette