Gol Bergwijn pada minit ke-63 menentang man City dalam aksi EPL di Stadium London semalam.

LONDON – Kali terakhir Manchester City gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut pada empat tahun lalu di bawah bimbingan Manuel Pellegrini dan ketika itu City hanya mampu julang Piala EFL.

Nampaknya peluang senario itu bakal berulang lagi sangat tinggi kali ini apabila mereka semakin ketinggalan mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Liverpool hanya memerlukan enam lagi kemenangan untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris buat pertama kali selepas 30 tahun kali ini.

Dalam aksi EPL Liga Perdana Inggeris semalam menentang Tottenham Hotspurs di Stadium London, skuad Jose Mourinho menjinakkan City kendalian Pep Guardiola 2-0.

Pada separuh masa pertama kedua dua pasukan itu terikat seri tanpa jaringan.

Bagaimanapun malang menimpa skuad Guardiola apabila pemain tengah Man City Oleksandr Zinchenko dilayangkan kad merah dan diarah keluar padang selepas menerima dua kad kuning.

Manchester City mendapat peluang untuk membuka jaringan pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun, sepakan yang disempurnakan oleh Ilkay Gundogan telah berjaya ditepis mudah oleh Hugo Lloris.

Situasi terdesak Man City yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain digunakan sebaik-baiknya oleh skuad Jose Mourinho.

Tiga minit selepas pemain City dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Spurs membuka jaringannya menerusi pemain baharu dari PSV Eindhoven dengan nilai 27 juta pound, Steven Bergwijn pada minit ke-63.

Pada minit ke-77, hantaran Lucas Moura berjaya mengejutkan pasukan pengunjung dengan rembatan kencang Song Heung-Min dengan gol kedua menentang City.

Dengan kemenangan itu Spurs melonjak ke tangga ke-5 memintas Red Devils manakala City yang kalah kini dibezakan dengan 22 mata di belakang Liverpool.- MalaysiaGazette