SYDNEY – Australia akan memindahkan warganya yang dibawa dari Wuhan, China ke pusat tahanan imigresen yang terletak di Pulau Christmas.

Mereka akan dikuarantin selama dua minggu.

Canberra berkata, seramai 243 rakyatnya dan penduduk tetap termasuk 89 kanak-kanak yang dibawa balik melalui pesawat akan dibawa ke situ selepas mendarat di pangkalan tentera udara di Learmonth, barat Australia petang ini.

Mereka kemudian akan dibawa menaiki pesawat ke pulau berkenaan yang terletak 2,700 kilometer dari ibu negara Australia.

Penerbangan kedua Qantas dijadual membawa balik lagi rakyat Australia dari sana pada minggu ini.

Kemudahan perubatan dibina di lokasi pusat tahanan di Pulau Christmas untuk kemudahan warga Australia yang dibawa balik dari Wuhan, China untuk dikuarantinkan selama dua minggu.Sejak tahun 2003, beribu-ribu individu yang memohon suaka politik telah ditahan di pulau itu di bawah polisi pelarian Australia.

Pada masa ini terdapat empat keluarga Sri Lanka yang sedang menunggu untuk dihantar pulang.

Tindakan Australia itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warganya yang dibawa balik dari Wuhan.

Akibatnya, ada dalam kalangan mereka mahu terus berada di bandar wilayah Hubei.

Kini terdapat 600 rakyat Australia berada di bandar yang kini diasingkan susulan penularan wabak koronavirus yang tercetus sejak September tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast