Akta Kredit Pengguna akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat tahun ini, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, pada masa ini, akta itu telah diselesaikan pada peringkat kementerian dan sedang digubal oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kita tahu proses penggubalan memakan masa sebab itulah kementerian harap dapat dibentangkan pada tahun ini walaupun tidak menetapkan tempoh masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi ramah mesra bersama rakan strategik kepenggunaan KPDNHEP di kementeriannya hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast