Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Valentino Rossi membuat aksi " wheelie" semasa beraksi pada Ujian Pra Musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 07 FEBRUARI 2020

SEPANG  – Juara dunia sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi berazam memulakan musim baharu tahun ini dengan sesuatu yang berbeza.

Bukan sekadar gaya rambut baharu, tetapi pelumba Monster Energy Yamaha itu tampil dengan topi keledar yang dilengkapi grafik dan direka khas untuk ujian pra musim bermula hari ini di Litar Sepang di sini hari ini.

Terkenal dengan julukan The Doctor, Rossi tetap setia dengan dua simbol yang telah menemaninya sejak permulaan kerjayanya iaitu matahari dan bulan.

Kali ini, pereka topi yang dipercayainya, Aldo Drudi telah memberi tumpuan kepada gaya moden, hampir abstrak dan geometri dengan penggunaan warna yang terang.

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Valentino Rossi semasa beraksi pada Ujian Pra Musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 07 FEBRUARI 2020

Sementara itu, tahun 2020 menjadi penyertaan ke-25 buat Rossi dalam perlumbaan Grand Prix musim ke-21 dalam kelas premier dan tahun ke-15 bersama Yamaha.

Sebelum ini, Yamaha Motor Co. Ltd.  mengumumkan bahawa tahun 2020 mungkin merupakan musim terakhir pasukan Yamaha menggunakan khidmat legenda juara permotoran dua roda itu.

Selepas perbincangan bersama, Yamaha dan Rossi dikatakan bersetuju untuk membuat keputusan sama ada akan kekal sebagai pelumba MotoGP bagi tahun 2021 pada pertengahan tahun ini.

Tempoh itu diminta sendiri oleh Rossi bagi menilai keupayaannya selepas bersaing dalam tujuh atau lapan perlumbaan pertama bagi musim ini.

“Kami hormati permintaan Rossi untuk menilai tahap kompetitifnya pada tahun 2020 sebelum membuat keputusan bagi musim 2021.

“Walaupun kami menghormati dan yakin dengan keupayaan Rossi untuk saingan musim 2020, harus tahu bahawa Yamaha juga ada perancangan masa depan.

”Dengan enam pengeluar motosikal bersaing dalam kelas MotoGP, pelumba muda berbakat besar sememangnya dicari.Malah pencarian itu bermula lebih awal lagi,” kata kata Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis. – MalaysiaGazette

Pelumba pasukan Pramac Racing, Jack Miller membuat aksi ” wheelie” semasa beraksi pada Ujian Pra Musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 07 FEBRUARI 2020

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast