Gambar Hiasan

SYDNEY – Misi mencari bangkai pesawat Boeing, B777 milik Malaysia Airlines yang baharu akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi, menurut satu laporan.

Keluarga mangsa dan kerajaan Malaysia sedang bekerjasama untuk menghantar kenderaan pencari di dasar laut, Ocean Infinity, bagi mengesan pesawat yang hilang itu, menurut News Corp.

Bekas para penyiasat Australia dilaporkan mendapati mereka terburu-buru mencari pesawat itu di tempat yang salah dan mengalu-alukan misi pencarian baharu.

Sebanyak 32 serpihan penerbangan MH370 ditemui sejak pesawat yang membawa 239 penumpang, termasuk anak kapal, hilang pada 8 Mac 2014.

Salah satu serpihan itu kelihatan seperti bahagian dalaman generator vortek.

Jika disahkan, ia boleh menentukan sama ada enjin berkecai semasa terhempas, bermakna pesawat tersebut tidak meluncur apabila ia jatuh.

“Kami sedang berusaha melakukannya, oleh itu kami boleh mengumumkannya,” kata peguam Grace Subathirai Nathan yang kehilangan ibunya dalam penerbangan tersebut.

“Menteri Pengangkutan terbuka untuk mengkaji semula satu cadangan. Kami cuba untuk memastikan cadangan ini kukuh dan tidak ditolak kerana alasan yang kabur, oleh itu kami bekerja secara senyap-senyap dengan pihak-pihak terlibat untuk mencuba dan menjayakannya,” katanya.

Nathan berkata, beliau berharap data daripada radar tentera yang menjejaki pesawat terbabit tidak lagi diklasifikasikan sebagai keselamatan negara bagi membolehkan mereka menggunakannya untuk menyiasat penemuan tersebut.

Ketua Pegawai Ocean Infinity, Oliver Plunkett berkata, kerajaan Malaysia hanya sanggup memberi komitmen mencari pesawat itu pada asas ‘tiada penemuan, tiada bayaran’.

Kehilangan pesawat B777 itu kekal menjadi misteri dalam sejarah penerbangan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast