Mujahid Yusof

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (JPM) memandang serius terhadap sebarang isu melibat umat Islam termasuk dalam isu Sajat baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan pejabat menterinya, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, isu melibatkan Sajat di Tanah Suci tidak terkecuali.

“Bagi isu melibatkan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, sebarang tindakan yang hendak diambil perlu memenuhi tiga aspek iaitu ia perlu mengurangkan kerisauan orang ramai, kandungan yang dimuatnaik di media sosial perlu diteliti dan perlu memastikan dia menghormati landasan dan syariat Islam di negara ini,” kata kenyataan kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurutnya, sebarang tindakan yang akan diambil perlu memenuhi aspek berkenaan supaya pengajaran dapat diberikan sewajarnya.

Kenyataan Mujahid yang dilaporkan oleh media hari ini bahawa kes Sajat itu kecil bukan bermakna pihaknya tidak akan melakukan sebarang tindakan terhadap Sajat.

Berikut adalah rakaman audio Dr Mujahid ketika ditanya media tentang isu Sajat.

Sajat baru-baru ini menimbulkan kontroversi semasa menunaikan umrah dengan memakai telekung seperti wanita sedangkan mendaftar diri sebagai lelaki dengan syarikat mutawif.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kes Sajat hanya isu kecil, kata Mujahid

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast