Grand Prix F1 Shanghai akan dutunda ke suatu tarikh yang akan ditentukan oleh FIA kelak,

BEIJING – Perlumbaan Grand Prix Formula 1 China dijangka ditangguhkan ekoran penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di negara itu.

Perlumbaan itu dijadualkan berlangsung di Shanghai pada 19 April ini dan keputusan mengenai tarikh baharu perlumbaan akan diambil dalam masa beberapa hari lagi.

Pengarah Urusan F1, Ross Brawn sebelum ini menegaskan pihaknya sedang menimbang untuk menjadualkan semula perlumbaan itu sekiranya tidak dapat diadakan pada tarikh asal yang ditetapkan sebelum ini.

Kali terakhir perlumbaan F1 ditunda adalah pada 2011 apabila Grand Prix Bahrain terjejas akibat Arab Spring.

Pada Selasa lalu, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata, badan sukan permotoran itu memantau situasi semasa COVID-19

Kini lebih 40,000 kes baharu koronavirus telah dilaporkan seluruh dunia sehingga diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Global.

Kadar kematian di China kini adalah seramai 1,016 orang. – MalaysiaGazette