KUALA LUMPUR – Lebihan akaun semasa pada tahun 2019 mencecah nilai tertinggi sebanyak RM49.7 bilion sejak 2012 (RM50.2 bilion) walaupun mencatatkan penurunan pada separuh penggal kedua tahun ini.

Prestasi yang menggalakkan ini disumbangkan oleh lebihan akaun barangan lebih tinggi RM125.5 bilion dan defisit yang lebih kecil dalam akaun perkhidmatan iaitu RM10.9 bilion, menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin,

Lebihan akaun semasa Malaysia pada suku keempat mengecil kepada RM7.6 bilion daripada RM11.5 bilion pada suku sebelumnya disebabkan oleh defisit yang lebih melebar pada akaun perkhidmatan dan pendapatan primer.

Akaun kewangan pada suku ini mencatatkan aliran keluar bersih yang lebih rendah sebanyak RM0.6 bilion, terutamanya
disebabkan oleh aliran keluar yang lebih rendah pada pelaburan portfolio.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berada RM424.1 bilion berbanding RM431.2 bilion pada suku lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast