LONDON – Manchester United diberi lampu hijau untuk melengkapkan perpindahan bernilai 60 juta pound untuk Maussa Dembele.
Laporan di Perancis mendakwa, kelab England itu telah diberi kelulusan untuk mengemukakan tawaran tersebut.
The Red Devils kendalian Ole Gunnar Solskjaer dikaitkan dengan penyerang Lyon itu namun membawa masuk Odio Ighalo dari Shanghai Shenhua buat sementara waktu dalam tempoh enam bulan sejak Januari lalu.
Bagaimanapun laporan terbaharu mendakwa, Naib Pengerusi Eksekutifnya Ed Woodward dijangka akan membuka buku cek pada akhir musim ini untuk melengkapkan khidmat penyerang muda Perancis itu.
Dembele yang juga pernah beraksi bersama Fulham dikatakan mendahului senarai Woodward.
Kehadiran Dembele dijangka mengurangkan beban Marcus Rashford yang kini memainkan peranan penyerang tunggal di Old Trafford.
Presiden Lyon Jeran-Michel Aulas dikatakan memberi restu kepada anak muridnya Dembele untuk meninggalkan kelab apabila jendela perpindahan dibuka semula Jun ini.
“Kami telahpun menerima beberapa tawaran kepada pemain kami (Dembele) untuk akhir musim ini.
“Kami menjual pemain yang bersedia meninggalkan kelab dan mencari destinasi baharu.
Dembele telah menjaringkan sebanyak 39 gol dalam 82 penampilan bersama Lyon dan menarik perhatian beberapa kelab elit di Liga Pwerdana Inggeris (EPL).
Chelsea merupakan antara kelab EPL yang meluahkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut selepas mengesahkan minat ke atas bintang sayap Ajax Hakim Ziyech.
The Blues dijangka mengumumkan pembelian Ziyech dengan nilai 38.7 juta pound akhir minggu ini tetapi penghijrahan hanya akan dimuktamadkan akhir musim ini.- MalaysiaGazette