CALIFORNIA – Apple memberi amaran gangguan yang berlaku di China akibat koronavirus baru akan menyebabkan pendapatannya tahun ini terjejas.

Gergasi teknologi itu berkata, ini kerana pengeluaran dan jualan terjejas.

Menurutnya, bekalan iPhone di seluruh dunia terkesan untuk sementara waktu.

iPhone adalah syarikat Amerika Syarikat (AS) pertama yang mengatakan wabak itu akan memberi kesan kepada kewangannya.

Apple, yang meramalkan pendapatannya meningkat kepada AS$ 67 bilion pada suku semasa, tidak mendedahkan kemungkinan mengalami penyusutan dalam prestasi kewangan.

“Kami tidak menjangkakan dapat mencapai unjuran pendapatan yang kami nyatakan semasa suku pertama,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan memperoleh pulangan yang lebih rendah.

Dengan kebanyakan kedai di China ditutup sepenuhnya atau waktu operasi dikurangkan, sudah tentu jualan produk Apple adalah rendah, kata syarikat itu.

Para penganalisis pula mengunjurkan virus itu mampu mengurangkan permintaan telefon pintar di China pada suku pertama tahun ini.

China merupakan pasaran terbesar dunia bagi alat peranti.

Minggu lalu, pembuat peralatan berat JCB berkata, ia telah mengurangkan pengeluaran di United Kingdom disebabkan kekurangan komponen dari China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast