KUALA LUMPUR- Anak syarikat Lembaga Tabung Haji, TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. mengumumkan penutupan empat hotel di bawah rangkaian syarikat tersebut berkuatkuasa 1 April ini.

Menurut notis bertarikh 17 Februari yang ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkefli Ahmad, penutupan operasi hotel yang terletak di Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Pulau Pinang dan Alor Setar itu adalah disebabkan pengambilan alih hartanah tersebut oleh Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

“Penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan satu keputusan yang tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel-hotel tersebut telah dan/atau akan diambil alih oleh Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. dan bangunan hotel tersebut telah dipindah daripada Lembaga Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji,” katanya.

Penutupan operasi tersebut juga melibatkan pemberhentian kakitangan yang berlebihan dan akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

    • Hotel tak tutup tetapi ia telah diambilalih oleh syarikat di bawah Kementerian Kewangan di bawah konsep SPV – satu mekanisma menyelamatkan anak syarikat yang bermasalah. Operasi hotel berjalan seperti biasa tetapi di bawah pengurusan yang baru.

      • Xbc habih ka?..staff yg dirasa berlebihan, akan dibuang?..dan kt mn jaminan pengurusan baru nk smbg bisnes hotel ni?..nmpk x ayat “atau” kt situ?

  1. Jan 2020 berita penutupan MAPS dan pembuangan kakitangan, Feb 2020 pula berita penutupan hotel2 TH dan pembuangan kakitangan, tiada apa yang berita2 yang mengembirakan!

    Harap2 13 Mei ini nanti ada berita gumbira!

  2. I pity the Muslims in Malaysia who have invested their money in TH. For very long, it has been doing well and people have been happy and proud of TH achievement. TH’s management and ways of handling pilgrims from Malaysia have been the talk of the Muslim world. The Saudi government always made TH as a role-model for Muslim countries to emulate its ways. But now, ever since PH took over the government everything with TH has gone wrong. Malaysia no longer shares good relationship with the Saudi government and is not seen as a role-model country by the Arab world. May God save Malaysia.

Comments are closed.