Pep Guardiola tidak berhasrat meninggalkan Etihad walaupun kelabnya digantung dua tahun daripada mengambil bahagian dalam mana mana bola sepak peringkat Eropah. sejak 14 Februari lalu.

MANCHESTER – Pep Guardiola berkata dia kekal setia 100 bersama Manchester City dengan menyatakan kebenaran akan ditegakkan walaupun pasukan bimbingannya digantung menyertai kejohanan peringkat Eropah selama dua tahun.

Guardiola berkata, beliau tidak mahu meninggalkan juara liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu ketika ia berada dalam keadaan susah dan semasa berdepan tuduhan salahlaku.

“Kami akan merayu di mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Apabila difikirkan ada kebenaran yang perlu dipertahankan maka kami perlu berjuang ke arah itu.

“Kami sangat profesional di atas padang, apa yang terjadi adalah tidak dapat dielakkan.

“Kami harap kebenaran akan ditegakkan bagi pihak Man City,” katanya.

Ditanya mengenai sokongan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu terhadap hukuman Uefa ke atas Man City, Guardiola berkata: “Saya tak pasti kalau dia mengintai saya tetapi mereka kenal saya, tidak perlulah intai saya.

“Jika mereka (Barcelona) gembira kami digantung dua tahun, saya ada mesej untuk presiden Barcelona, iaitu bagi saya dua peluang rayuan.

“Saya sekarang tuntut kepercayaan penyokong kami terhadap kelab ini. Barcelona tak perlu cakap besar dan itu nasihat saya kepada mereka.

“Kami akan merayu hukuman itu dan harap pada masa akan datang Man City dapat bertemu Barcelona dalam Liga Juara Juara Eropah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast