TERKINI : Parti Putra Tidak Boleh Terima, Kerajaan Mansuh Akta Hukuman Mati Mandatori – Ibrahim Ali

Parti Putra Malaysia menzahirkan rasa gelisah dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dalam pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, parti itu tidak boleh menerima cadangan pindaan yang mahu menggantikan kepada hukuman penjara seumur hidup yang disifatkan sebagai tidak adil.

“Tindakan ini pada Putra amat tidak boleh diterima kerana fokus utama pimpinan negara dan kerajaan adalah untuk menjaga kepentingan umum dan juga keselamatan negara.

1 Komen

Comments are closed.