Aminuddin Yahaya
Aminuddin Yahaya

KUALA LUMPUR – Parti-parti politik Melayu di pihak kerajaan dan pembangkang digesa tidak membiarkan kerakusan pihak yang berlumba-lumba mempertahan dan memperjuangkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) (PISMP-UEC) UEC bertujuan memenangi hati kaum Cina.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Aminuddin Yahaya yang menegaskan perkara itu berkata, isu UEC bukanlah suatu yang remeh atau kecil, tetapi ianya melibatkan masa depan negara.

Katanya, jika tidak ada ketegasan dan rasa sensitif dalam isu berkenaan, jangan bermimpi untuk memansuhkan sekolah vernakular serta melaksanakan sistem sekolah satu aliran.

“Sepatutnya parti-parti politik Cina di Malaysia ini bersikap sederhana dalam memperjuangkan hak kaum masing-masing, iaitu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Percayalah, negara akan sejahtera dan keharmonian antara kaum juga akan terpelihara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Aminuddin berkata, jika mereka bersederhana dalam perjuangan mengikut Perlembagaan, pastinya mereka akan turut bersama-sama memperjuangkan sistem sekolah satu aliran.

Malangnya kata beliau, itu semua tidak berlaku kerana mereka merasakan bahawa perjuangan mereka itu betul ditambah pula apabila mendapat sokongan daripada segelintir orang Melayu sendiri.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Pendidikan Belia Negara MCA, Ng Sing Phing mendesak Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyatakan pendiriannya sama ada beliau sehaluan atau tidak bersetuju dengan pendekatan semasa yang diambil kerajaan dalam perkara itu.

Nie Ching diminta supaya menjustifikasikan alasan kerajaan yang dilihat tidak lagi membuka pengambilan pada kali ini.

Malah, Sing Phing juga menyoal apakah masyarakat Cina terus boleh ‘melabur’ harapan mereka terhadap UEC yang pernah diktiraf dalam aspek pengambilan guru bahasa Cina sebelum ini. – MalaysiaGazette

Kenapa pemegang UEC disekat dari program latihan perguruan?

1 Komen

  1. Tak plu lh sgt ko nk perjuang kn uce tu…hapuskn sijil uce ni, sijil yg bolh hncurkn sistem pendidikan kbangsaan..klu rasa ko nk sgt uce ko pi ngra asal ko sana..hbis cita..ko silap, kat tanah mlyu ni bukn tempat ko..so klu ko rasa nk pjuangkn sgt, ko pi mmpus sana, tak plu kat sini..ko dah ada kat sini ko ikut je sistem pendidikn kbngsaan ngra ini..ada fhm..bnda mcn ni pun nk org bg tahu ke..betul lh apa yg di ckp olh Dr Riduan Tee Abdullh, apa lg yg puak2 cina mahu, smua dah dpt , tapi tak puas hti lg nk..puak2 ni tak pernah bterima ksih apa yg mereka miliki, yg bngsa mlyu bg, tapi nk lg..btul lh puak2 ni mmg tak blh bg muka dah..ini kli lh kami bg muka lpas ni hi hi bye bye lh..

Comments are closed.