KUALA LUMPUR – Beberapa kereta Honda akan dinaikkan antara 5% hingga 9% bergantung kepada model dan varian.

Kenaikan itu berkuatkuasa hari ini.

Honda Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, kenaikan harga itu susulan kajian semula insentif pemasangan tempatan (CKD).

Insentif ini berbeza daripada peraturan penilaian cukai yang diumumkan sebelum ini yang dijangka tidak akan memberi kesan
kepada harga kenderaan.

Menurut Honda Malaysia, ia akan mematuhi peraturan terkini, justeru, pelarasan harga akan dilaksanakan di semua 100 wakil Honda di seluruh negara. – MalaysiaGazette