foto hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka mengadakan mesyuarat khas di Menara Dato’ Onn pukul 4 petang ni.

Sehingga kini tidak diketahui agenda mesyuarat khas, namun dikatakan ia ada kaitan dengan perkembangan terbaharu dalam politik negara hari ini.

Pas juga dikatakan bakal mengadakan mesyuarat khas petang ini.

Terdahulu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin di sebuah hotel di Petaling Jaya dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, dijangka membincangkan suatu ‘perkara besar’ dengan semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS), hari ini.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS dijangka bertemu barisan Ahli Parlimen terbabit di sebuah hotel di Kuala Lumpur, petang ini, memetik laporan Berita Harian. – MalaysiaGazette