Bruno Fernandes

MANCHESTER – Pemain baharu Manchester United,Bruno Fernandes tidak perlu menunggu lama mencipta sensasi apabila berjaya menjaringkan satu gol dan mencipta dua peluang gol ketika menang 3-0 ke atas Watford di laman sendiri pagi tadi.

Kecemerlangan Fernandes itu berjaya membantu melonjakkan United ke tangga kelima dalam Liga Perdana Inggeris.

Penyerang tengah antarabangsa Portugal itu dibeli United dengan nilai £47 juta pada bulan lalu.

Dia menjaring gal pertama buat United apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-42 selepas dijatuhkan sendiri oleh Ben Foster.

Anthony Martial menjaringkan gol kedua pada minit ke-58 selepas menerima hantaran daripada Fernandes.

Troy Deeney kemudian merapatkan jurang gol namun gol itu ditarik semula oleh VAR yang mendakwa Will Hughes Handball.

Pemain berusia 18 tahun Man United, Mason Greenwood kemudian menambah satu lagi gol untuk memastikan United selesa dengan tiga gol di hadapan.

Ini adalah gol ke-11 pada musim ini sekali gus menjadikan pemain remaja pertama menjaringkan 11 gol pada musim 2019/20.

United berjaya mencetak kemenangan ketiga berturut turut termasuk menewaskan Chelsea di Stamford Bridge. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast