Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. foto IQBAL BASRI, 12 FEBRUARI 2020

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat memasuki Perdana Putra hari ini.

Kenderaan Toyota Vellfire berwarna kelabu yang membawa Ahmad Zahid memasuki kawasan Pejabat Perdana Menteri jam 10.50 pagi tadi.

Selain kenderaan berkenaan, kelihatan empat lagi kenderaan lain turut mengiringinya Ahmad Zahid.

Mereka tiba kira-kira setengah jam selepas ketibaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memasuki pejabat Perdana Menteri itu. – MalaysiaGazette