Stik kambing antara menu-menu makanan yang diperkenalkan kepada media pada sesi previu menu baharu 2020 di Espira Sri Petaling, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 20 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Seiring dengan penjenamaan semula, Espira Sri Petaling (ESP) memperkenalkan hampir 50 menu baharu dengan harga yang berpatutan dan jaminan makanan yang berkualiti serta lazat.

Dikenali Hotel Sri Petaling sebelum ini, antara menu yang bakal memikat selera adalah Salmon Bakar yang hanya berharga RM38 dan Caeser Salad dengan Salmon Salai pada harga RM15.

Bagi pengemar ikan salmon, dua hidangan ini wajib dicuba bukan sahaja rasa yang enak tapi harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Mee Sup Wantan yang diperkenalkan kepada media pada sesi previu menu baharu 2020 di Espira Sri Petaling, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 20 FEBRUARI 2020

Beralih kepada menu Daging Sirloin Panggang, tetamu pasti terliur dengan hidangan bersama sos lada hitam, sayur yang ditumis bersama mentega, dan keledek goreng. Turt mencuri perhatian, NZ Lamb Chop Panggang yang dibakar segar dan lembut dan dihidangkan dengan sos lada hitam, sayur yang ditumis bersama mentega dan kentang goreng.

Barangkali ramai yang menyangka hidangan ini mencecah hampir ratusan ringgit. Namun jangan terkejut, menu makanan Barat di ESP pasti mampu milik dan menjanjikan kualiti yang terbaik setaraf dengan hotel bertaraf 5 Bintang.

Untuk selera Melayu, menu Daging Halia pasti menambat hati pengunjung kerana daging lembu yang ditumis sempurna dengan halia, daun bawang dan lada benggala dan dihidang bersama nasi putih.

yang diperkenalkan kepada media pada sesi previu menu baharu 2020 di Espira Sri Petaling, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 20 FEBRUARI 2020

Selain itu, Sup Ekor juga menjadi hidangan kegemaran ramai yang mana ekor lembu direneh selama dua jam menjadikan sup tersebut masak pekat bersama sayur dan herba terpilih.

Paling dinanti-nanti buat julung kalinya, menu Kacang Pool yang merupaka makanan yang popular di Johor dibawa khas kepada tetamu yang berkunjung ke ESP. Keenakan daging cincang yang dimasak bersama kacang panggang dan kacang parang dihidang bersama roti benggali dan telur goreng.

ESP juga menawarkan masakan Cina seperti Mee Sup Wantan iaitu sup yang dimasak bersama hirisan ayam dan udang dihidang bersama mee telur halus dan sayur.
Tidak lengkap sekiranya tiada mencuba menu wajib di ESP iaitu Nasi Goreng Sri Petaling (RM20).

Eksekutif Sous Chef, Ahmad Nizam Saidin menunjukkan menu Salmon Bakar pada sesi previu menu baharu 2020 di Espira Sri Petaling, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 20 FEBRUARI 2020

Nasi yang digoreng dengan ramuan istimewa dihidang bersama sambal udang, ayam goreng dan acar sayur.

Bagi penggemar daging ayam, Cili Padi Chicken Chop turut erbeza dengan Chicken Chop yang berada di luar kerana ESP menyediakan sos sendiri dengan campuran istimewa dan cili padi yang pasti sedap dan lebih pedas sesuai dengan selera yang gemar akan masakan pedas.

Akhirnya, penutup semua menu itu adalah pencuci mulut yang ringkas dan pasti memikat selera anda iaitu Puding Roti dan mentegai yang dihidangkan panas-panas bersama sos vanilla.

Menu Kacang Pool yang diperkenalkan kepada media pada sesi previu menu baharu 2020 di Espira Sri Petaling, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 20 FEBRUARI 2020

Jadi apa tunggu lagi, kunjungi kami di Dine Coffee House, ESP yang beroperasi setiap hari dari pukul 1 pagi hingga 10.30 malam dan memiliki sijil halal daripada JAKIM.

Sementara itu, penjenamaan ESP sejak Ogos tahun lalu bertujuan untuk memperkenalkan identiti korporat dan imej terkini kepada komuniti, pelanggan dan syarikat korporat yang disasarkan.

ESP adalah salah sebuah hotel tiga bintang yang menyediakan 168 buah bilik hotel yang terdiri daripada Superior King/Twin, Family Standard, Family Superior, Family Deluxe, Junior Suite dan Executive Suite yang sesuai untuk urusan perniagaan dan penginapan.

Diantara menu-menu makanan yang diperkenalkan kepada media pada sesi previu menu baharu 2020 di Espira Sri Petaling, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 20 FEBRUARI 2020

Diurus sepenuhnya oleh Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai PNB Management Services Sdn Berhad merupakan anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ESP berlokasi di Sri Petaling terletak berdekat dari Stadium Nasional Bukit Jalil dan Arena Axiata yang sering menjadi tumpuan kejohanan sukan dan acara hiburan di Kuala Lumpur.

Istimewa untuk pembaca MalaysiaGazette sehingga 31 Mac ini, ESP menawarkan promosi hebat iaitu ‘Beli 2 Percuma 1’ untuk semua ala carte menu. Pembaca hanya perlu like Facebook – Espira Sri Petaling dan tebus promosi ‘Beli 2 Percuma 1’ yang tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, orang boleh menghubungi talian 03-9058 2323 dan WhatsApp 011-3676 5641 atau layari FB: Espira Sri Petaling, IG: espirasripetaling dan laman web: www.hotelsripetaling.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast