Kenderaan yang dipercayai membawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika keluar di kediamannya yang terletak di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Kenderaan membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat meninggalkan  kediamannya di Bukit Segambut di sini pukul 8.40 malam tadi.

Mereka dipercayai ke mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Bagaimanapun Anwar berlalu tanpa bercakap dengan pengamal media yang berada di perkarangan rumahnya.

Mesyuarat tersebut berkemungkinan bagi membincangkan kenyataan terbaharu Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad awal petang tadi memberi bayangan bahawa kemungkinan Bersatu telah mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penggantinya.

Tengah hari tadi Anwar menghadiri mesyuarat yang sama.

Terdahulu Anwar berkata; “Kita akan berubah dari sehari ke sehari” sewaktu ditanya sama ada PH akan menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila Mahathir menerima semula jawatan pengerusi parti itu hari ini.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Jika semua orang pilih Muhyiddin, saya ok’ – Tun M

1 Komen

  1. No more drama. You people have screwed up the country and power given to you. The best way, ‘Bubar Parliment’ and return power to the people. The people are wise and alert now to elect the correct and capable leader who will put the rakyat first before oneself. God save Malaysia.

Comments are closed.