Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir pada sidang media Pakej Ransangan Ekonomi 2020 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 27 FEBRUARI 2020

PUTRAJAYA- Mencalonkan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) sebagai perdana menteri merupakan antara intipati perbincangan di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi.

Menurut Perdana Menteri Interim itu, perkara tersebut perlu mendapat persetujuan parti terlebih dahulu.

“Banyak kemungkinan yang dibincangkan antaranya kemungkinan meletakkan Muhyiddin sebagai calon (Perdana Menteri). Jika semua orang pilih dia, saya ok.

“Sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat maka dia boleh dilantik sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya membentuk kabinet sendiri,” katanya semasa sidang media selepas mengumumkan pakej rangsangan ekonomi di sini hari ini.

Ketika ditanya apakah ini bermakna Bersatu akan mencalonkan dua nama iaitu Muhyiddin dan beliau sendiri, Mahathir berkata perkara tersebut masih belum diputuskan oleh parti.

Katanya ada perbezaan pendapat di antara beliau dengan Muhyiddin.

“Satu-satunya perkara yang saya bantah adalah menerima UMNO sebagai parti komponen, jika ahli mereka masuk sebagai individu tidak mengapa. Bukan parti.

“Tetapi Muhyiddin agak relaks sedikit. Beliau bersedia menerima UMNO sebagai sebuah parti secara keseluruhan,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak akan dilantik sebagai perdana menteri jika tidak dicalonkan dan bersedia menerima siapa sahaja yang menang.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan Bersatu kembali kepada Pakatan Harapan, Mahathir berkata, mereka perlu mengadakan perbincangan sesama ahli terlebih dahulu.

Beliau juga mengesahkan telah kembali semula memegang jawatan Pengerusi parti Bersatu hari ini selepas meletakkan jawatan Isnin lalu.

Jelasnya, beliau telah dipujuk untuk kembali semula tiga hari lalu namun meminta tempoh untuk membuat keputusan.

“Hari ini saya putuskan bersetuju,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Muhyiddin jumpa Dr Mahathir di Perdana Putra

3 Komen

  1. Kes bebudak pula dah… keluar masuk letak angkat letak angkat konon dipujuk… manja ke nyanyuk?

Comments are closed.