KUALA LUMPUR – Bagi merangsang industri pelancongan yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19, kerajaan akan menyediakan inisiatif pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik.
Rakyat Malaysia diberi baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan juga akan menyediakan geran padanan sebanyak RM500 juta untuk mempromosi pelancongan.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 dalam menangani impak penularan koronavirus baru.
Menurutnya, kerajaan juga melonggarkan arahan untuk mengehadkan penggunaan hotel oleh agensi kerajaan. – MalaysiaGazette