Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam ini berpendapat tidak wajar Tun Dr. Mahathir Mohamad mendahului titah Yang Di-pertuan Agong.

“Malah pengumuman Perdana Menteri interim (sementara) memanggil sidang Parlimen
untuk memilih Perdana Menteri adalah mencabar hak dan kuasa Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan.

BACA: Mesyuarat tergempar PH lagi malam ini

Majlis Presiden PH berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik seseorang Perdana
Menteri terletak di tangan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, seperti yang
termaktub di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Umum sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda YDPA dijadualkan bertemu dengan Raja-Raja Melayu untuk membincang perkara ini.

“Majlis Presiden menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara dan wewenang Seri Paduka Baginda YDPA dalam hal ini,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Agong perkenan Dewan Rakyat tentukan Perdana Menteri ke-8 – Tun M