Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa syukur berakhirnya kemelut perlantikan Perdana Menteri kelapan setelah pihak Istana Negara mengesahkan beliau dipilih ke jawatan itu.
Beliau turut menjunjung rasa terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.
“Saya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sebab itu saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral kepada saya.
“Kita telah pun berisitiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah diberikan Allah kepada saya,” katanya dalam sidang media di kediamannya, hari ini ini.