Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR- Tidak mustahil sokongan terhadap Pakatan Harapan berkurangan menjelang majlis angkat sumpah Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyindir perangai Pakatan Harapan yang kuat membuat pusingan U itu berkata, Yang di-Pertuan Agong bersama Majlis Raja-Raja Melayu telah membuat keputusan selepas mengadakan perbincangan mendalam.

Tambahnya, Majlis Raja-Raja Melayu bukan bukan kaki pusingan U seperti Pakatan Harapan.

“Orang PH memang kaki U-turn. Itu fakta dan diketahui umum. Tak boleh nafi dah. Pusinglah macam mana pun.

“Jika dikira semula selepas beberapa jam lagi, mungkin ramai yang sebelum ini buat U-turn sudah O-turn (berpatah sekali lagi)

“Pagi ada sokongan 106, Petang ada 114. Esok pagi mungkin tinggal 104,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya malam ini.

Menurut Najib, sekiranya Pakatan Harapan masih engkar terhadap titah Yang di-Pertuan Agong yang melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mereka mempunyai dua pilihan iaitu mencabar titah berkenaan di mahkamah atau mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri baharu di Dewan Rakyat.

Namun begitu, Muhyiddin selaku Perdana Menteri mempunyai kelebihan iaitu boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan.

“Jika PM ke-8 kalah dalam undi tidak percaya ini, dia mungkin akan menasihat untuk bubarkan parlimen dan pulangkan kepada rakyat untuk menentukan.

“Selepas bubar, kita jumpa di PRU15. Rakyat tentukan. Your call,” katanya.

Najib merupakan antara ahli Parlimen Muafakat Nasional yang menurunkan tanda tangan pada satu akuan bersumpah untuk menyokong Muhyiddn selaku calon Perdana Menteri daripada parti Bersatu.

Sebelum ini, Muafakat Nasional telah menyatakan pendirian untuk tidak mahu menyokong mana-mana parti atau gabungan parti yang disertai DAP.

Mereka menggerakkan kempen supaya krisis politik yang telah melanda negara sejak seminggu lalu itu ditamatkan dengan pembubaran Parlimen.- MalaysiaGazette

 

4 Komen

  1. Babi la ko najib… Nak jadi batu je keje ko tu… Bagi je la soongan kat pm baru… Jangan dok jadi batu api je… Aku tau ko tu gila kuasa dan masih perasan nak jadi pm lagi sebab tu la ko jeles kat muhyidin sebab rakyat tolak ko masa pru 14… Aku bukan nak kutuk ko najib babi… Ko tu tak layak jadi pm sebab ko bab agama pun ko tak tau…

  2. Tak ingat ke jib
    Bagaimana kamu malukan muhyidin ketika beliau buka kisah 1 mdb.
    Tak kan nak cautim kot.

  3. Sudah lah perompak…. Ramai rakyat Malaysia ni benci kamu….. Tak ada nilai lah kamu sekarang, jangan berangan nak jadi perdana menteri pulak…..

Comments are closed.