KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri menjelaskan tiada sebarang perjumpaan atau mesyuarat dengan pemimpin politik dijadualkan hari ini.
Dalam satu kenyataan ringkas, PMO memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dijadualkan bertemu Ketua Setiausaha Negara dan ketua-ketua jabatan/agensi bagi menyelaraskan perjalanan pentabdiran kerajaan.
Awal hari ini peguam Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu, pihaknya memohon mahkamah menangguhkan prosiding hari ini kerana tertuduh perlu hadir dalam perbicangan dengan perdana menteri berhubung pembentukan Kabinet hari ini.
Permohonan penangguhan itu dibuat oleh pasukan pembelaan Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Muhyiddin memulakan tugas hari pertama sebagai perdana menteri hari ini. – MalaysiaGazette