Datuk Marina Mahathir.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) mengecam tindakan polis menyiasat tiga aktivitis terlibat dalam perhimpunan Perhimpunan Selamatkan Malaysia, Tolak Pengkhianatan di Dataran Merdeka 1 Mac yang lalu termasuk seorang individu yang didakwa memuat posting didakwa menghasut menerusi laman sosial.

Tiga aktivis yang dimaksudkan ialah anak perempuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Datin Paduka Marina, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Fadiah Nadwa Fikri.

PH mendakwa tindakan tersebut bertentangan dengan nilai kepimpinan pentadbiran parti itu sebelum ini dalam masa yang sama juga dilihat melanggarkan hak demokratik rakyat.

“Pihak berkuasa kelihatan tangkas bertindak bertentangan dengan nilai-nilai yang selama 20 bulan lalu telah cuba dipupuk oleh kerajaan PH. Ini adalah amat dikesalkan.

“PH menegaskan bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak demokratik untuk berhimpun dan menyatakan bantahan mereka, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada,” kata Majlis Setiausaha PH menerusi kenyataan hari ini.

Perkembangan terbaharu ini ujar parti berkenaan hanya akan memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan yang baru tertubuh 1 Mac yang lalu.

“Pihak berkuasa diminta bertindak dalam dengan cara yang tidak menjejas hak demokratik rakyat Malaysia, dan mengelak dari terjadinya persepsi kacau ganggu terhadap ketiga-tiga individu tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Polis dilaporkan telah membuka kertas siasatan terhadap mereka yang terlibat dalam Perhimpunan Selamatkan Malaysia, Tolak Pengkhianatan pada Ahad yang lalu.

Perkara itu diumum sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Abdul Hamid juga dalam masa yang sama memberitahu, polis akan mengambil keterangan pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikiri @Fadiah Nadwa yang memuat naik status mempunyai unsur hasutan.

Antara yang membidas tindakan polis adalah bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga mantan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berpendirian bahawa demontrasi secara aman adalah sebahagian daripada hak rakyat untuk membantah atau menyatakan pandangan mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.- MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Knpa tak blh ambil tindakn, kebal sgt ke ?? Slh tetap slh, knpa nk takut pula..ptut lh ph terkubur, rupa2 perangai puak2 ko mcn komunis..hormat lh undang2 tak plu nk takut klu tak buat slh…ngra mlysia bkn mcn undang2 komunis yg ko praktiskn sblum ni ya ph…bg kuasa pd phak polis yg tentukan, org lain jgn msuk cmpur, buar pdrm buat kerja dia..ptut lh zaman ko tadbir ni huru hara di buat nya..yg jahat di agung2 kn, yg baik di soal n di pjarakn…hncur ph dap kafir harbi ..

  2. Usahlah berlindung disebalik perlembagaan, setiap rakyat dilindungi perlembagaan. Usahlah krn xpuashati nak “melaung melalak” dijalanan. Negara kita ada garis2 dan peraturan serta undang2, melalak melaung dijalanan akn mengganggu ketenraman org lain. Jesteru itu gunalah saluran2 yg betul seandainya xpuashati. Biarlah kita tunjukkan kematangan dan rasional, bkn semacam org yg tidak berpendidikan. Usah ditunjukkan kebodohan diri kita sendiri. Tindakan PDRM itu betul dan tepat demi menjaga keharmonian serta ketenteraman masyarakat umum. Usah kita fikir cuma kita shj dilindungi perlembagaan, org lain dilindungi perlembagaan juga!

  3. Rasanya banyak perkara lain yang lebih penting dari isu yang tak mendatangkan faedah ini!

    Elok sekiranya TSMY fokus isu ekonomi yang telah rosak teruk dibawah pakatan hancing bacin!

  4. Masih x sedar lagi orang2 yang x puas hati tentang pdrm ambik keterangan 3 orang ni buat pengatahuan kau orang yang x puas hati kerajaan dulu jangan disama kan dengan kerajaan sekarang ya kakak2, abang2 jangan mimpi disiang hari lagi ya

  5. Bagilah can dorang nak berhimpun. Bkn ramai pun. Paling2, 100.

    Siapa nak dgr si Buntal terpekik telolong suruh makan super rings? Kah kah kah…

    Barua, macai dan hamba abdi DAP belaka…

  6. Pakatan Harapan (PH) mengecam tindakan polis menyiasat tiga aktivitis terlibat dalam perhimpunan Perhimpunan Selamatkan Malaysia, Tolak Pengkhianatan di Dataran Merdeka 1 Mac 2020
    iaitu Datin Paduka Marina, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Fadiah Nadwa Fikri.
    Apa keistimewaan pesalah2 ini sehingga tidak boleh di siasat & didakwa kerana menyebarkan fitnah, berkelakuan yang boleh menyebabkan rusuhan dan berkelakuan tidak senonoh.
    Adakah Ambiga akan memulakan pergerakan BODOH kembali dengan niat melihat kehancuran Negara.? Sudah2 lah menyebar fitnah, rakyat dah letih dengan Kebodohan PH dan kuncu2 termasuk NGO yang gila berdrama.
    Sedarlah PH hancur disebabkab oleh TDM Anwar dan LGE bukan dari unsur luar!!!!!
    Mau merampas hak rakyat lagi sekali….?????

Comments are closed.