Datuk Seri Aliff Syukri.

KUALA LUMPUR – Ushawan kosmetik kontroversi, Datuk Aliff Syukri dijangka akan mengadakan sidang media tergempar hari ini bagi menjelaskan dakwaan beliau terkait dengan mendera anak angkatnya baru-baru ini.

Sidang media itu dijangka dibuat pukul 3 petang ini di Wisma D’ Herbs, Kota Damansara.

Difahamkan, polis telah menyiasat dakwaan itu dan suspek sudah diambil keterangan.

Terdahulu berdasarkan maklumat pengadu, suspek yang merupakan usahawan kosmetik itu telah memukul anak angkatnya semasa berada di kediamannya kerana ingin merakam gelagatnya sedang menangis untuk tujuan publisiti.

Pengadu turut mendakwa usahawa bergelar Datuk itu turut memanggilnya masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkatnya itu selain menyuruhnya memukul kanak-kanak terbabit, namun dia tidak mengikuti arahan itu kerana bimbang kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan.

Polis dilaporkan telah merakam percakapan usahawan kosmetik terkenal bagi membantu siasatan kes pukul anak angkatnya berusia dua tahun itu pada bulan lalu.

Turut diambil keterangan adalah empat saksi lain termasuk mereka yang berada di rumah usahawan terbabit di Petaling Jaya.

Polis akan menyiasat insiden mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Budak 2 tahun tu, nak tangkap gambar dia menangis tidak perlu lah sampai memukul, budak kecil mesti akan selalu menangis, kau tunggu sahajalah.

Comments are closed.