Netizen mendakwa ketiadaan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjadi punca kepada kenaikan tidak munasabah penutup mulut dan hidung.-Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Rata-rata netizen mendakwa ketiadaan menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjadi punca kepada kenaikan tidak munasabah penutup mulut dan hidung pada masa ini.

Menurut pengguna Twitter @pipitmarah, harga penutup mulut dan hidung tiga lapis yang dijual diaplikasi pusat beli belah dalam talian didapati meningkat sehingga ratusan ringgit.

Permintaan terhadap penutup muka dan hidup meningkat ekoran penularan Covid-19.

“Sementara Menteri @mykpdnhep tak ada, peniaga topeng muka di @LazadaMY ambil kesempatan naikkan harga hingga beratus ringgit sekotak.

“Harga kawalan hanya RM0.80 sekeping dan RM40 sekotak (50 keping sekotak),” ciap beliau di Twitter hari ini.

Sementara itu, menurut beliau lagi, KPDNHEP sebelum ini menetapkan harga kawalan bagi penutup mulut dan hidung 3 lapis adalah pada harga RM0.80 sekeping dan RM40 sekotak bagi 50 keping.

“Tapi ada peniaga online di platform seperti @LazadaMY jual sehingga RM135-RM180 sekotak. Apa ini? Ambil kesempatan musibah utk cekik pengguna?” soalnya lagi.

Status itu turut diulang kicau oleh bekas menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast